ALHAMDULILAH, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Delong telah dianugerahi penarafan 5 BINTANG bagi tahun 2016 dan semoga menjadi dorongan untuk terus kekal cemerlang dan bermanfaat untuk anak didik SK Delong seterusnya.
Program Jom ke Sekolah "PAKAT MARI SEKOLAH" peringkat sekolah dilancarkan serentak bersama peringkat negeri pada tanggal 5 Februari 2017. Program ini merupakan pakatan strategik 'Lautan Biru Kebangsaan' - NBOS dengan kerjasama PDRM. Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah Pengerusi J3K Kg. Delong, merangkap YDP PIBG SK Delong, YM. Tengku Rosdi bin Tengku Hamzah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS-PDRM), Sarjan Mejar En. Zawayi bin Setapa, Bahagian Siasatan Jenayah (Narkotik) IPD Dungun. Objektif program ini ialah memastikan kehadiran murid ke sekolah mencapai KPI sekolah iaitu 96% dan ke atas, di samping mencegah salah laku disiplin dalam kalangan anak didik SK Delong. Peranan komuniti setempat dan ibu bapa juga dituntut bagi menjayakan Program Jom ke Sekolah ini.
Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah berlangsung pada 17 Januari 2017 dan dirasmikan sendiri oleh Guru Besar SK Delong, En. Mohd Apandi bin Omar Baki.
Laluan ke SK Delong telah ditenggelami air hingga separas pinggang selama lima hari dan sekolah terpaksa menutup operasinya selama dua hari, pada 4 dan 5 Januari 2017 bagi peringkat pertama banjir. Perkhidmatan lori APM Dungun digunakan bagi peringkat kedua banjir pada 10 Januari 2017. Alhamdulilah, banjir surut sepenuhnya pada esoknya.
Program Perarakan Apresiasi Unit Beruniform berjaya dilaksanakan pada 23.02.2016. Aktiviti utama selain daripada perarakan, peserta dan guru pemimpin diberi tunjuk ajar bagi membuat sarung ketupat oleh 'Abang Mizan dan Kak Ana', merupakan anak jati Kg. Delong yang diadakan di Balai Raya Kampung Delong dengan kerjasama J3K Kg. Delong.